PANDUAN PERMOHONAN
1. Pemohon perlu melayari EZO Zakat Selangor dan membuat Daftar Masuk2. Jika ini merupakan Kali Pertama melayari EZO Zakat Selangor, pemohon perlu Daftar Akaun Baru dibahagian bawah dan pilih Individu3. Jika pemohon merupakan pengguna sedia ada, terus masukkan ID dan Kata Laluan4. Jika pengguna terlupa kata laluan, sila klik pada bahagian Terlupa Kata Laluan

5. Setelah selesai membuat Daftar Masuk, pemohon perlu memilih Butang Menu di bahagian atas dan hujung sebelah kiri.

6. Kemudian pilih Menu dan klik Permohonan Zakat Online

7. Permohonan Bantuan Zakat ini hanya dibuka kepada Ketua Keluarga, jika anda tanggungan, pastikan Ketua Keluarga yang membuat permohonan ini.

8. Sila isi dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan. Sila pastikan maklumat yang diberikan adalah benar.

9. Setelah selesai mengisi semua maklumat mengikut halaman, pastikan pemohon perlu melampirkan dokumen yang diperlukan.10. Mohon lampirkan dokumen yang tepat mengikut maklumat yang diperlukan, sekiranya berlaku kesalahan pada lampiran, permohonan ini boleh DIGAGALKAN

11. Pastikan pemohon membuat Akuan Semak & Akuan Konflik dan Klik pada pautan Simpan & Seterusnya

12. Akhir sekali, pastikan pemohon membuat Pengakuan dan Menghantar Permohonan13. Pemohon juga perlu menyediakan semua Lampiran Dokumen secara Hard Copy / Fizikal ketika sesi temuduga mengikut jadual jemputan yang telah dimaklumkan pada Whatsapp
